Last sekali posting ialah pada 5 Mei 2014 iaitu 11 tahun yang lepas 😅. Byk perkara berlaku dalam masa 11 tahun dalam bab fotografi ni. Yang paling utama ialah lens byk yang rosak terutama lens untuk birding. Camera pula buat hal sehingga shutter button pun jem. Maklumlah kerap sangat guna Mirror Lock Up bila shoot.
Dalam 11 tahun ini saya anggap hobi saya dalam fotografi boleh dikatakan terkubur begitu sahaja kerana hampir semua peralatan fotografi saya rosak dan perlu kepada maintenance. Ditambah lagi dengan adanya handphone yang senang dibawa dan mudah alih serta semakin canggih yang mula mengambil alih kamera DSLR.
Kemudian kita semua terpaksa pula menempuh zaman darurat zaman penularan COVID-19.
Inilah zaman dimana kita tidak boleh bergerak kemana-mana pun, tidak boleh rentas negeri, tidak boleh rentas daerah, tidak boleh dine in. dah la kamera rosak kena maintenance, nak keluar rumah pun takut.
Untuk pengetahuan tuan puan, masa penularan Covid 19 ini jugalah saya telah ditukarkan untuk bertugas di Sarawak. So memang dari segi pergerakan, apatah lagi jika nak bercakap mengenai hobi fotografi ini memang jem terus.
Sekarang saya telah kembali bertugas di Malaya dan berulang alik sejauh 120KM sehari perli dan balik dari rumah di Sepang ke tempat kerja berhampiran dengan Kg Bharu KL. So ini masa yang terbaik untuk saya kembali aktif dalam bidang fotografi.
No comments:
Post a Comment