KLIA ANJUNG SPOTTER
Bagi peminat-peminat gambar kapalterbang, KLIA Anjung Spotter ini adalah tempat terbaik untuk capture and shoot gambar kapalterbang samada ketibaan atau berlepas.
Tempat yang disediakan adalah selesa dan siap dengan tempat duduk. Ianya dibuka dari jam 7.00 am sehingga 7.00 pm. Kepada yang berminat, dari pengalaman saya, waktu terbaik untuk shoot gambar kapalterbang ialah pada sebelah petang diantara jam 4.30 pm - 7.00 pm.
Saya pergi sebelah pagi memang semua gambar yang saya shoot mengadap cahaya matahari dan ini akan menggelapkan beberapa sisi gambar (backlight).
Walaupun backlight tetapi ianya tidak menghalang dari saya mencuba sedaya upaya untuk mencari gambar terbaik untuk dijadikan kenang-kenangan.
Kepada yang suka kepada aktiviti berbasikal, laluan yang dipanggil KLIA Loop juga sangat terkenal dan menjadi pilihan.
Ada satu lagi lokasi untuk shoot gambar kapalterbang yang mana ianya terletak betul-betul kapalterbang lalu diatas kepala bila nak landing atau departure.. ianya berhampiran dengan Anjung Spotter juga.. saya akan share moment tersebut pada siaran yang akan datang.
Terima kasih.








