Pages

11 October 2025

BAIKI CAMERA DSLR, LENS, SPEEDLIGHT DAN PERALATAN FOTOGRAFI.

BAIKI CAMERA DSLR, LENS, SPEEDLIGHT DAN PERALATAN FOTOGRAFI.

Disebabkan sekian lama camera DSLR dan lens2 tidak digunakan (sejak zaman Covid-19), dah la jenis x guna DRYBOX.  Ada drybox tapi jenis buat sendiri. jenis yang kena sentiasa tukar ganti silika gel. masa zaman C19 memang xde lah nak tukar ganti benda alah tu macam biasa sebab itukan zaman x leh keluar rumah dan camera pun x guna.  So berhabuk la DSLR dengan Lens2 yang ada dalam drybox buat sendiri tu.  nasib baik memang jadi amalan setiap kali habis outing, memang bateri DSLR akan dikeluarkan dari body camera.

Bila dah ada semangat nak ambil gambar semula ni bila check camera dan lens, ya rabbi banyak betul kulat dan banyak habuk yang dah permanent lekat kat kawasan-kawasan tertentu dalam camera dan lens.  Maka bermulalah episod mencari kedai untuk baiki dan servis peralatan DSLR dan Lens.  Hasil dari beberapa cadangan kawan (beruntung berkawan dengan juru foto dari Jabatan Penerangan sebab mereka ada banyak contact).

Pn Hazlina Tajudin kenalan dalam FB mencadangkan saya membawa DSLR saya kepada sebuah kedai 'TRUSTED" yang selalu menjadi rujukan jurufoto dari JAPEN.  Nama kedai tersebut ialah Clinic Camera Services - Camera, Lens, Flash & Lighting Repair yang dikendalikan oleh En Kamali.  Beliau mempunyai kedai baiki DSLR yang terletak di Cahaya Permai Apartment Seri Kembangan.

Thank you for contact

⚡CLINIC CAMERA SERVICES⚡

Share details below

-----------------------------------------------

➡Model details (tag front @ bottom)

➡photo/video issues

➡your location 

➡your name

📍our shop location 

Click ob link for waze to our location 

👉:https://maps.app.goo.gl/HufJTf1gCLCLp4KS6

Pls contact us before visit ⬇⬇⬇

☎:whatsapps/01123241552

🕛Our time schedule 

📆 Monday - Thursday 10.00am - 6.00pm

📆 Saturday - Sunday 11am - 3pm

📆 Friday & public Holiday Closed


➡Fb Page: https://www.facebook.com/ImageBasedServiceshttps://www.facebook.com/ImageBasedServices


Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang beliau berikan.  Memang pro dan tahu apa yang beliau lakukan.  




Saya menghantar Nikon D600, Lens Tamron Sp90, Nikkor 50mm, Nikkor 18-105mm dan hasilnya adalah amat memuaskan dan harga yang dikenakan pula amat bertimbang rasa.  Orangnya pula tidak lokek berkongsi ilmu mengenai DSLR dan tips penjagaan.



Lokasi kedai pun tidak susah nak cari.  Cari sahaja di Google Map - Apartment Cahaya Permai di Seri Kembangan dan jangan lupa wasap beliau sebelum datang untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.





Kepada tuan puan yang dah datang semangat untuk mengambil gambar guna DSLR, boleh lah mula service camera dan lens tuan puan.  Memang beza kualiti gambar diambil menggunakan DSLR jika nak banding dengan guna HP.  Sekian Terima kasih.





09 September 2025

Welcome Back wanzai99 Photography

Last sekali posting ialah pada 5 Mei 2014 iaitu 11 tahun yang lepas 😅.  Byk perkara berlaku dalam masa 11 tahun dalam bab fotografi ni.  Yang paling utama ialah lens byk yang rosak terutama lens untuk birding.  Camera pula buat hal sehingga shutter button pun jem.  Maklumlah kerap sangat guna Mirror Lock Up bila shoot.

Dalam 11 tahun ini saya anggap hobi saya dalam fotografi boleh dikatakan terkubur begitu sahaja kerana hampir semua peralatan fotografi saya rosak dan perlu kepada maintenance.  Ditambah lagi dengan adanya handphone yang senang dibawa dan mudah alih serta semakin canggih yang mula mengambil alih kamera DSLR.

Kemudian kita semua terpaksa pula menempuh zaman darurat zaman penularan COVID-19.





Inilah zaman dimana kita tidak boleh bergerak kemana-mana pun, tidak boleh rentas negeri, tidak boleh rentas daerah, tidak boleh dine in. dah la kamera rosak kena maintenance, nak keluar rumah pun takut.

Untuk pengetahuan tuan puan, masa penularan Covid 19 ini jugalah saya telah ditukarkan untuk bertugas di Sarawak.  So memang dari segi pergerakan, apatah lagi jika nak bercakap mengenai hobi fotografi ini memang jem terus.








Saya tidak membawa keluarga ke Kuching, dan saya menyewa di Tabuan Desa, lebih kurang 15 minit untuk nak ke pejabat dan lebih kurang 1/2 jam untuk ke KIA.  Tahun 2023 sahaja saya telah menaiki lebih kurang 27 kali kapalterbang untuk ulang alik dari KLIA ke KIA.  Teringat masa ni last sekali guna DSLR ialah mengambil gambar anak-anak yang menghadiri kelas secara alam maya iaitu belajar dari rumah secara online.






Sekarang saya telah kembali bertugas di Malaya dan berulang alik sejauh 120KM sehari perli dan balik dari rumah di Sepang ke tempat kerja berhampiran dengan Kg Bharu KL.  So ini masa yang terbaik untuk saya kembali aktif dalam bidang fotografi.






06 April 2014

03 April 2014

02 April 2014