Pages

11 October 2025

BAIKI CAMERA DSLR, LENS, SPEEDLIGHT DAN PERALATAN FOTOGRAFI.

BAIKI CAMERA DSLR, LENS, SPEEDLIGHT DAN PERALATAN FOTOGRAFI.

Disebabkan sekian lama camera DSLR dan lens2 tidak digunakan (sejak zaman Covid-19), dah la jenis x guna DRYBOX.  Ada drybox tapi jenis buat sendiri. jenis yang kena sentiasa tukar ganti silika gel. masa zaman C19 memang xde lah nak tukar ganti benda alah tu macam biasa sebab itukan zaman x leh keluar rumah dan camera pun x guna.  So berhabuk la DSLR dengan Lens2 yang ada dalam drybox buat sendiri tu.  nasib baik memang jadi amalan setiap kali habis outing, memang bateri DSLR akan dikeluarkan dari body camera.

Bila dah ada semangat nak ambil gambar semula ni bila check camera dan lens, ya rabbi banyak betul kulat dan banyak habuk yang dah permanent lekat kat kawasan-kawasan tertentu dalam camera dan lens.  Maka bermulalah episod mencari kedai untuk baiki dan servis peralatan DSLR dan Lens.  Hasil dari beberapa cadangan kawan (beruntung berkawan dengan juru foto dari Jabatan Penerangan sebab mereka ada banyak contact).

Pn Hazlina Tajudin kenalan dalam FB mencadangkan saya membawa DSLR saya kepada sebuah kedai 'TRUSTED" yang selalu menjadi rujukan jurufoto dari JAPEN.  Nama kedai tersebut ialah Clinic Camera Services - Camera, Lens, Flash & Lighting Repair yang dikendalikan oleh En Kamali.  Beliau mempunyai kedai baiki DSLR yang terletak di Cahaya Permai Apartment Seri Kembangan.

Thank you for contact

⚡CLINIC CAMERA SERVICES⚡

Share details below

-----------------------------------------------

➡Model details (tag front @ bottom)

➡photo/video issues

➡your location 

➡your name

📍our shop location 

Click ob link for waze to our location 

👉:https://maps.app.goo.gl/HufJTf1gCLCLp4KS6

Pls contact us before visit ⬇⬇⬇

☎:whatsapps/01123241552

🕛Our time schedule 

📆 Monday - Thursday 10.00am - 6.00pm

📆 Saturday - Sunday 11am - 3pm

📆 Friday & public Holiday Closed


➡Fb Page: https://www.facebook.com/ImageBasedServices/photos_by


Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang beliau berikan.  Memang pro dan tahu apa yang beliau lakukan.  




Saya menghantar Nikon D600, Lens Tamron Sp90, Nikkor 50mm, Nikkor 18-105mm dan hasilnya adalah amat memuaskan dan harga yang dikenakan pula amat bertimbang rasa.  Orangnya pula tidak lokek berkongsi ilmu mengenai DSLR dan tips penjagaan.



Lokasi kedai pun tidak susah nak cari.  Cari sahaja di Google Map - Apartment Cahaya Permai di Seri Kembangan dan jangan lupa wasap beliau sebelum datang untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.





Kepada tuan puan yang dah datang semangat untuk mengambil gambar guna DSLR, boleh lah mula service camera dan lens tuan puan.  Memang beza kualiti gambar diambil menggunakan DSLR jika nak banding dengan guna HP.  Sekian Terima kasih.