Pages

27 November 2011

LENS GEDABAK

Lens Gedabak dan Newbie (NOOB)
My Personnel Experience..  

Saya masih ingat hari tersebut.. Pesta bunga Floria yg 1st kat Putrajaya tahun 2009.. masa itu sy cuma memiliki Nikon D60 dgn kitlens 18-55mm.  Pada hari kejadian sememangnya sy telah berjanji dgn beberapa org otai yg sgt terkenal dlm dunia fotografi.. sy sbg noob begitu teruja nak bersama mereka dan blajar amik gamba dlm 1 event yg besar sbgmana floria..

pada hari kejadian, sy buat persediaan spt biasa dgn meng cas bateri dan pastikan memory kad mmg ade dlm camera.. dan mula bergerak ke pesta tersebut dgn objektif utama adalah untuk mengambil gambar bunga2 yg pasti byk dan bewarna warni.. setiba sy ditapak pesta, sy mencari2 otai yg sememangnya telah ditentukan tempat berjumpa..

sewaktu hendak melintasi jln untuk bertemu mereka, sy dapat melihat dgn mata kepala sy sendiri, perghhhh masing2 dgn dua camera, dah tu, lens pjg giler, gedabak punya.. nala punya.. dlm kumpulan tu (kumpulan yg sy akan juin utk shoot) sy dapati bahawa paling koman pun 70-200 dua titik lapan.. so saya TIDAK JADI MELINTAS JLN pada waktu itu!!

Sbb nya sy x jd melintas ialah sy tersentap hehehe.. iyo la sy cuma bwk D60 dgn kitlens 18-55mm jek.. sy bwk yg tu jek sbb itu aje la yg sy ade :)) "camne aku nak juin puak2 nih" dlm hati sy berkata.. sy terpaku seketika dan macam berat hati nak juin dgn mereka.. sy merasa amat merendah diri.. ape lg, cucuk sebatang dan berasap.. sambil berasap sy terpikir.. bila lg aku nak blaja ngan meka2 ni.. bila lg aku boleh tanya mrk pasal fotografi.. aku dtg sini nak amik gamba ape? nak amik gamba bunge kan, kalo amik gamba bunga, perlu ke aku pakai lens yg gedabak2 tu semua (kata2 yg nak menyedapkan hati hehe)..

pas habis sebatang, cucuh lg sebatang.. sy pk lg.. meka ni semua dtg nak amik gamba bunge ke nak amik gamba ape ek?  so sy tanya diri aku, kalo amik gamba bunga guna kitlens 18 - 55mm ni ok x? so setelah hampir 15minit termenung, sy pun ambil keputusan utk juin mrk2 tu sambil wat derk jek ngan apa yg mereka ada..

sy rasa keputusan sy utk juin mereka itu amat tepat dan tak de yg rugi sbb sy dpt tanya mrk byk soalan spt metering, focusing, ISO dan pas tanya2 tu sy pun ape lg, mula la amik gamba bunge sana sini.. so bila balik rumah, aku tengok balik hasil shoot aku haritu dan sbg newbie aka noob, aku rasa gamba sy tu mmg byk lg yg nak kene improve.. tp bg sy, morale of the story.. objektif kene ada, jgn takut dgn otai2 yg bwk lens gedabak dan jgn segan tanya2 mereka.. mereka semua sempoi dan talak sombong punya kalo kita tanya.. so jgn takut dgn lens gedabak tu :D


Floria 09
Floria 09
Floria 09
Floria 09

07 November 2011

MAJLIS PERKAHWINAN MD ZAKI DAN ROSAKILA

MAJLIS PERKAHWINAN 
MD ZAKI DAN ROSAKILA
22, 24 & 25 SEPTEMBER 2011
PANDAN INDAH

CTH MUKA HADAPAN CUSTOM ALBUM 8 X 12 (CRYSTAL)






CTH HALAMAN DI DALAM CUSTOM ALBUM 8 X 12
CTH HALAMAN DI DALAM CUSTOM ALBUM 8 X 12
CTH HALAMAN DI DALAM CUSTOM ALBUM 8 X 12
CTH HALAMAN DI DALAM CUSTOM ALBUM 8 X 12






05 November 2011

MAJLIS BERTANDANG AZZAD HARIS & NURULIMA

MAJLIS BERTANDANG 
AZZAD HARIS & NURULIMA
BANGI LAMA
2 OKTOBER 2011


CONTOH ALBUM MOCK UP 13 X 13 (FRONT)







15 August 2011

JUNAIDA'S SOLEMNIZATION

JUNAIDA & ISMAIL'S SOLEMNIZATION
(MAJLIS AKAD 
NIKAH JUNAIDAH & ISMAIL)
SUBANG JAYA
23 JULY 2011


CONTOH MOCK UP ALBUM 13"  X 13" (FRONT)

CONTOH MOCK UP ALBUM 13"  X 13" (REAR)

CONTOH GAMBAR 8RW

CONTOH DVD COVER



29 July 2011

MAJLIS PERKAHWINAN MUZZAFFAR & SYAZANA

MAJLIS PERKAHWINAN
MUZZAFFAR DAN SYAZANA
11 & 12 MAC 2011
PORT DICKSON

CONTOH GAMBAR 8RW

 



CONTOH GAMBAR 8RW
CONTOH MOCK UP ALBUM 15" X 15" (FRONT)

CONTOH MOCK UP ALBUM 15" X 15" (REAR)

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"


27 July 2011

MAJLIS BERTANDANG MOHD HISHAM & FARIDAH BOUDVILLE

MAJLIS BERTANDANG 
MOHD HISHAM & FARIDAH BOUDVILLE
PANDAN INDAH
KUALA LUMPUR
28 MEI 2011

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"
CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"

CONTOH CUSTOM ALBUM 8" X 24"
CONTOH GAMBAR 8RW

CONTOH GAMBAR 8RW

CONTOH GAMBAR 8RW


22 July 2011

VIEWFINDER DISPLAY INDICATOR

APAKAH VIEWFINDER DISPLAY INDICATOR


Setiap kamera DSLR yang kita beli tanpa mengira apa jua jenis atau brand sudah semestinya mempunyai viewfinder dimana viewfinder ini merupakan tempat kita melihat dunia kita dalam alam fotografi. Selalunya terdapat dua jenis viewfinder iaitu :-
  1. Optical viewfinder
  2. LCD viewfinder
Kamera DSLR yg serba canggih sekarang mempunyai sekurang2nya 1 jenis viewfinder.  Tujuan nota ini diadakan adalah tertumpu hanya kepada OPTICAL VIEWFINDER sahaja. 

Dimana Kedudukan Optical Viewfinder Display



Ini adalah kerana, saya dapati diri saya sendiri serta rakan2 yg baru shj menceburi bidang fotografi ini amat mengabaikan aspek pembelajaran mengenai apa yang dapat dilihat dan perlu dilihat di dalam viewfinder tersebut.  Secara asasnya optical viewfinder ini berfungsi sebagai mata kita, yg melihat kepada objek atau subjek yang hendak kita rakam tersebut melalui lensa (lens) yang terdapat pada badan kamera kita (ini juga dimaksudkan sebagai TTL) .

Dengan andaian ceteris paribus (lain2 perkara tidak berubah) peranan viewfinder sebenarnya adalah lebih besar dan penting dari sekadar melihat objek atau subjek yang kita hendak rakamkan, ianya mempunyai tugas yg lebih penting untuk memaklumkan kepada kita mengenai beberapa perkara yang akan kita bincangkan nanti. 


Contoh Optical Viewfinder Nikon D90


Antara perkara asas yg terdapat di dalam sesebuah optical viewfinder ini ialah :-
  1. Framing Grid
  2. Focus Point
  3. AF Area Brackets
  4. Battery Indicator
  5. Focus Indicator
  6. Metering
  7. AE Lock
  8. Shutter Speed
  9. Aperture (f-number)
  10. Exposure Mode
  11. ISO
  12. Exposure indicator
  13. Dan lain2
Terdapat sekurang2nya 20 - 25 fungsi atau indicator yang terdapat di dalam viewfinder display tetapi yang saya hendak ketengahkan dan berbincang dengan anda semua hanyalah perkara no 1, 2, 5 & 12 itu sahaja.  Sebelum perbincangan diadakan, sy ingin sekali menasihati anda sekalian agar merujuk, membaca dan memahami buku manual yang disertakan sekali dgn pembelian camera yg dibeli itu terlebih dahulu :|

1. Framing Grid.
Merupakan panduan grid yg amat berguna kepada mata kita agar memberi tumpuan kepada kawasan yang hendak kita capture dan kita compose.  Ia merupakan panduan yg amat asas supaya kita tidak lari dari komposisi asas fotografi.  Anda adalah digalakkan supaya membaca artikel2 mengenai komposisi seperti :-
  • The Rule of Thirds
  • Working the Lines in Your Photography (how to use horizontal, vertical and diagonal lines)
  • Finding Fresh Angles to Shoot From
  • Photographing Children – Composition
  • Getting Horizons Horizontal
  • Getting Images Straight
  • Fill Your Frame
  • The Importance of Focal Points
  • Creating Active Space – Photographing Moving Subjects
  • Getting Backgrounds Right
  • Framing Your Shots
  • How to Use Converging Lines to Enhance Your Photography
  • 4 Rules of Composition for Landscape Photography
  • How to Break the ‘Rules’ of Photography
2.  Focus Point.
Adalah sangat penting utk kwn2 mengetahu bahawa viewfinder juga menunjukkan titik fokus yang mana titik fokus tersebut adalah pilihan kwn2 sendiri dengan menekan butang "MULTI SELECTOR" (sila rujuk kepada buku manual utk mengathui mana satu butang multi selector nih).  Titik fokus ini juga bergantung kepada jenis metering yang kwn2 pilih samada :-
  • Matrix
  • Center weight
  • Spot
Anda juga digalakkan membaca nota2 mengenai
  • How to Take Sharp Digital Images
  • How to Use Focal Lock
5.  Focus Indicator.
Apabila anda menekan separuh shutter release button (press the shutter release button halfway) kamera anda akan memfokus kepada subjek yang mana anda telah pilih :-s fokus ini dapat dilihat didalam viewfinder dengan simbol titik besar yg menunjukkan subjek anda sedang difokus (selalunya diiringi dengan bunyi beep).  Focus indicator ini terletak disebelah bwh sebelah kiri sekali dalam viewfinder display anda.  Simbol titik besar ini sgt penting diberi perhatian kerana ianya akan menetukan gambar anda sharp atau tidak.

12.  Exposure Indicator.
Saya berpendapat bahawa di dlm viewfinder display, inilah simbol yg terpenting yg perlu kita semua ambil tahu.  ianya berbentuk seperti sebuah meter memanjang (sila rujuk kepada buku manual kamera anda) yang menunjukkan samada gambar yang kita hendak ambil itu (dengan setting yg anda pilih) (meter ini mempunyai julat POSITIV dan NEGATIF)  sedang "under expose" atau "over expose".

Untuk mengetahui gambar yg anda hendak rakam tersebut terlebih cahaya atau terkurang cahaya, adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa melihat kepada exposure indicator ini sebagai bantuan dan petanda yang sgt berguna ketika hendak mengambil sesuatu gambar.  Exposure indicator ini juga boleh dilihat di dalam LCD Display atau pada Panel Display.  Untuk mendapat gambar yg mempunyai cahaya yg seimbang dan yg anda kehendaki, adalah sgt mustahak utk anda mengetahui apa itu :-
  • Learning about Exposure – The Exposure Triangle
  • Introduction to ISO in Digital Photography
  • Introduction to Shutter Speed in Digital Photography
  • Introduction to Aperture in Digital Photography
Kadangkala, kita perlu juga utk over expose atau under expose gambar yang kita hendak ambil untuk mendapatkan seni yang tertentu kepada gambar kita.  itu terpulang kepada kreativiti kita dan pengetahuan fotografi yang kita miliki.

AKHIR KATA.. ketahui kamera anda, ambil tahu butang2 yg ada pada kamera anda, baca buku manual kamera, tanyalah kepada cikgu GOOGLE, baca artikel2 dan nota2 fotografi utk menambahkan ilmu pengetahuan kita.  Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi pengetahuan yg amat sedikit di dalam ilmu fotografi ini. Jika terdapat kekurangan dalam nota ini, itu datang dari kelemahan saya dan ianya akan cuba dibaiki dari semasa ke semasa..